ukhtinadia






~!~mantapkan iman, sahihkan ibadah, kukuhkan ukhuwah~!~



:.shahaa qalbi wa'aada ilayya 'aqli waaqshuru bathili wanasiitu jahli.:



ta'aala nu'minu sa'ah



"Allah menganugerahkan al hikmah(kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan a Sunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.Dan hanya orang orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran(dari firman Allah)" (2:269)



"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin n manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah.Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang orang yang lalai." (7:179)



inna fii qalbil mu'mini siraajan yazharu



Maka apakah kamu melihat orang yang berpaling (dari Al-Quran)?
Serta memberi sedikit dan tidak mau memberi lagi?
Apakah dia mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib, sehingga dia mengetahui (apa yang dikatakan)?
Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran- lembaran Musa?
Dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji?
(yaitu) bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain,
Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang Telah diusahakannya,
Dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihat (kepadanya).
Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna,
Dan bahwasanya kepada Tuhamulah kesudahan (segala sesuatu),
Dan bahwasanya dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,
Dan bahwasanya dialah yang mematikan dan menghidupkan,
Dan bahwasanya dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita.
Dari air mani, apabila dipancarkan.
Dan bahwasanya Dia-lah yang menetapkan kejadian yang lain (kebangkitan sesudah mati),
Dan bahwasanya dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan,
Maka terhadap nikmat Tuhanmu yang manakah kamu ragu-ragu?

Telah dekat terjadinya hari kiamat.
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah.
Maka apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini?
Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?
Sedang kamu melengahkan(nya)?
Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia).


"Let him who believes in Allah and the Last Day either speak good or keep silent."


tautan ukhuwah


dAkWah iNfo

koMik beSt

berSeni sKet

tAnahAir kIta

pEmBiNA

DaKwaTuna

IsMA GaNU

pEMbiNa GaNU

kRIm GaNU ^O^



my beloved


h3r heArt

pRojeK TaghyIr

UmAisHa

EinHyAtt

luv PalesTine

aMatUllAh

.aNNisa.

uMMu iNsYirah

uMmU Wafa'

uMmu IbRahim

UmmU SaLAdin

cIK LiN M2M

cIk B3e

CIk KhAlisah

CIk marshahida

cIK fArAh :D

CIk SyADa

pUan cheeKy

pUAn RIna

bAhteRa hAti

NadIa cBR ^0^

tHuAIbah cBR ^0^

AMirah AmIN

Izza uiaK

sak3ena

cik Yuz

dibBun mUslim

kAk SYaf

umM MUjaHid

uMm Syifa'

cik Tmc

hUda Af

aCu FArah

faRaH WAhe3da

eKIn JakaRta

k Aishah HattA

k aNa YAsmin

k hANim

k. PijA aDel

cIk BaNAt



aSaTIzah


UQy

UHA

UFA

UAZ

UAS

AAY




di sini tazkeer kita :



   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, April 14, 2011
of d

The Prophet (saw) said: “Man kaana yu’minu billahi wal yawmil aakhiri fal yaqul khairan aw liyasmut – Whoever believes in Allah (swt) and the Last Day should speak good or remain silent.”

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “man kaana yu’minu billahi wal yaumil aakhir, fal yaqul khairan au liyasmut” (Barang siapa sudah beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berkata yang baik atau setidaknya diam).

terkadang, mungkin kerana kita merasa kita sudah terlalu mesra dgn sahabat seperjuangan (ye ke mesra btul?) sehingga kita mengeluarkan kata-kata atau pertanyaan yang mungkin mengguris hati..

rasanya sangat perlu memuhasabah diri dan memaafkan..kerana mungkin si fulan tidak berniat..tapi sekurang-kurangnya, ingin kusampaikan, pls, acknowledge, and have some respect..

kalau kurang atau tiada rasa percaya, silakan, berbuatlah yang lebih baik drp tahu bercakap dan bertanya yang entah apa2..

org sebelah lagi saya, sungguh sabar..sangat kagum dengan itu..so it's true..he completes me..

Posted at 12:39 am by ukhtinadia
Comments (4)  

Friday, January 14, 2011
of me n u

Alhamdulillah..Allah dgn segala kebaikan dan rahmatNya..slps 2 minggu, banyak yang dipelajari..astaghfirullah..rupa2nya, byk masa yg telah terbuang dulu kala..rasanye dulu, sibuk la juga, tp kini kna lebih bijak mengurus masa..

of me n u..da nak masuk 2 tahun usia perkenalan kita..terlakar banyak cerita indah, gelak tawa, duka durja spjg perkenalan ini..tp, ttp positif, pantai mana yang tak dibadai ombak...terkadang, duka durja itu apabila dikenang, turut berubah mjadi madu..

setiap pasangan dengan kisah yang tersendiri..Allah ciptakan pasangan buat kita, dan terima kasih lagi Ya Allah, kerana turut mengurniakan sakinah, mawaddah n rahmah.

rasanya, mana-mana pasangan yang bercinta slps berkahwin, akan mengatakan ianya lebih indah, paling indah, kerana disertai barakah Allah. Jika sebelum aqad, telah dicabuli sebuah perjanjian yang suci, tentunya rasanya tidak lg manis..

ketika diri tidak meletakkan expectation apa2 pada pasangan, melainkn yang baik2 belaka, insha Allah diri kita pon akan terdorong utk berbuat yg baik sahaja. Dan sesungguhnya, apabila dinamai pasangan, tentulah ianya saling melengkapi.

Allah itu sempurna, kerana itu hanya Allah yang ESA, tunggal tiada dua...tanpa perlu kpd pasangan spt makhluk2Nya..

buat encik B, semoga Allah terus meredhai perhubungan ini..Semoga semuanya kerana Allah, lillah, billlah, fillah...

Engkau terbaik untukku...

anyways, adakah anda seperti saya, selalu tertanya2 ttg indahnya sajak Amina Qutb kepada suaminya...

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

baru kini saya tahu, sosok hebat suami Aminah Qutb yang mendorong keberhasilan sajak2 puitis dan indah adalah seorang yang hebat dalam sejarah IM...subhanallah!

suami Aminah Qutb

wajah ceria Kamal As-sananiri setiap kali pulang, wpun slps jihad yg berat dan kesyahidannya membawa Aminah Qutb utk menukilkan sajak ini:

Aku tidak lagi menunggu kepulangan
aku tidak lagi tertunggu keretapi yang mbawa pengharapan
Aku tidak tertunggu lagi langkahmu slps pulang kerjamu
Tidak lagi aku pasang lampu menunggumu dalam rindu
Aku tidak lagi berlari2 menemuimu yang pulang dgn tersenyum

Aku cuba mencarimu kesilapanmu dalam lipatan kehidupan kita agar aku dpt melupakanmu
wajah yang berseri2 (x mampu dihapuskan)
Aku terus cuba mengingati (kesilapanmu) utk sekat dari fikirkanmu
Sambil menyeka air mata kerana tidak dapat dicari kekuranganmu

kekosongan, kesunyian setelah kematianmu yang mengganggu diriku..

dan bayangkan, ketika menemui Lailatul Qadr merupakan malam paling berlinang air mata Aminah Qutb..kerana merindukan kemanisan beribadah berdua dgn suami tercinta...Allah Allah...




Posted at 10:05 pm by ukhtinadia
have your say...  

Monday, January 03, 2011
of busy-ness

la hawla wa la quwwata illa billah...

belakangan ini sgt hectic...with the newly opened kindy, of my son n hubby, dan passion dakwah kami

hanya Allah dpt memberikan kekuatan utk terus bergerak dgn ikhlas dan bersemangat waja!

the other day, sambil mem-bf yusuf, rasa sgt insaf..saya selalu kata sibuk..sibuk sgt..org lain pon kata sibuk, pon sangat sibuk...mana2 orang pon kata sibuk..jarang dengar orang kata, hidup ini sungguh rileks..

org miskin, sibuk cari duit utk tampung kehidupan..org kaya, sibuk cari duit utk maintain kaya, orang dakwah sibuk cari dan jaga mad'u, orang biasa juga sibuk dengan kehidupan dunia..Allah allah..

and at that moment, saya yg sgt kerdil ini rasa sgt takjub dengan Allah dan kerja-kerjaNya....Allah mengaturkan alam ini dan ditadbirNya dengan penuh kekuasaan..hatta tiada sehelai daun yang gugur, di luar pengetahuan-Nya...hebat sangat!!! takde apa yg terlepas drp pandanganNya..subhanallah subhanallah!

Maha AgungNya Allah...

saja share di sini, sbg peringatan terutama utk diri saya..manusia ini, sgt lemah dan tiada kekuasaan melainkan yg Allah kuasakan..

sibuk..tp harapnya, jgn sampai ada hak2 yang asek tertunggak2...ghufranak...

Posted at 10:07 pm by ukhtinadia
have your say...  

Thursday, December 09, 2010
of you

sweeeeettt....

mcm mn la agaknya kisah cinta Rasulullah dan Khadijah..haih, tak banyak sgt yg ana baca ttg Khadijah..(lps nih nk khatamkn ini...


tapi seigt ana (yg nih dgr kat konwanis 2010), Khadijah masuk syurga antaranya kerana tidak pernah mengangkat suara di hadapan Rasulullah saw..alangkah solehahnya dia...bagaimana Khadijah mengurus rumahtangga, anak2, perniagaan dan kekayaannya..bagaimana sibuknya keadaan keluarga contoh ini? subhanallah..

hari ini, syg berazam utk jd yg lebih solehah lg sbg hadiah ulangtahun abg...doa syg utk abg tak pernah putus kerana disitu syurga syg..miss u heaps...moga kesibukan ini membawa kita ke syurga. ameen ameen Ya Rabb..







Jazakallah khayran for being the nicest and sweetest!


Posted at 07:54 pm by ukhtinadia
have your say...  

Saturday, November 27, 2010
of nothingness

marah itu membunuh jiwa...

betul sgt2 ble nabi pesan, la taghdob..la taghdob..la taghdob..

p.s: alhamdulillah. ruh2 itu ibarat tentera yang bersusun2..saling kenal mengenali...mcm td, kami g kenduri di S*tiu. Alkisah, isterinya org Isma..sarawak gtuu :D


Posted at 09:28 pm by ukhtinadia
have your say...  

Wednesday, October 27, 2010
entri 170807

dlu lagi sy katakan, saya suka duduk di pantai..jiwa serta merta berubah jadi sentimental bila dekat2 dgn pantai. Dan Allah makbulkan doa saya, saya kini menetap sebelah pantai!

tapi, dah agak lama, untuk dpt duduk2 di pantai dan menghirup udara pantai..nama je umah sebelah pantai..tp smlm, zauj baik hati (slalu pon baik hati :p) utk g tepi pantai..not exactly tepi sbb kat restoren tepi pantai..:D

dan seketika, dalam kepala, menyerbu semua ingatan yang ada antaranya, dah lama saya tak ingat. sbb bila tepi pantai, saya akur, saya sgt kerdil di sisi Maha Pencipta,yang menciptakan segalanya tanpa cacat cela. Baru terasa diri kecil sgt mengenangkan pantai yang luas bagai tiada tepi, langit yang menaungi tiada penghujungnya..sungguh amat mudah untuk air mata mengalir..ya, Allah sgt Kabiir!

dek pohonan kelapa yg gemalai, hati terusik kpd harta dunia yg pernah sy ada..unta merah jambuku..aisehh, cari2 gamba tak jupe pula...

this was the story...smg apa yg dikorbankan kerana Allah, tetap ada di sisiNya..bekalku di akhirat sana..

-------------------------------------------------------------------------------

Hadis riwayat muslim. Maksudnya: Dengan sebab usaha dakwah kamu, seseorang lelaki mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T itu adalah lebih baik dari unta merah(unta yang paling mahal di sisi orang-orang Arab).

ingat tak lagi pd unta merah saya dlu? sob sob...demi utk ke culloden road...unta merah saya berpindah milik...takpe..redha...sebab anak2 pokok  di culloden road alhamdulillah membesar dengan sihat dan kuat kini!...alhamdulillah

inshaAllah akan ada satu lagi unta merah...dan saat2 ini saya merasakan Allah terlau sayang pada saya..perasaan yang terlalu halus...

saya n humrunna'am-cerita di culloden road membuatkan saya sedar...tanam la anak2pokok kat mana2 pun...insha Allah, ade rezki, ia akan membesar dengan sebaiknya2...klu tak membesar skrg pun..mungkin nanti2....n kalau ditakdirkan pokok2 itu langsung terbantut, Allah tetap tahu usaha kita menanam..dan Allah-lah yang selayaknya memberikan ganjaran...sepertimana jika kita mengetahui kiamat akan berlaku esok dan digenggaman kita ada anak benih kurma(pergh, logiknya tanam kurma mcm tanam pokok durian-lmbt nk berbunga, bbuah etc), Rasulullah saw tetap suruh kita tanam biji benih kurma tuh...

sayang antunna fillah..

NOTE: penduduk culloden road diharap dpt menanam anak2 pokok sebelum ujung tahun!



Posted at 11:42 am by ukhtinadia
Comments (2)  

Tuesday, October 19, 2010
of wafa'

pagi nih ternampak status fb dr.Z

"Ramai para suami mendapati bahawa meninggalkan isteri dan anak-anak walaupun untuk tempoh yang panjang tidaklah sesukar mana jika dibandingkan dengan ditinggalkan oleh isteri untuk menjaga anak-anak di rumah....."

this thing ade feel good impact kan..

mereka hebat, orang2 lain hebat..ana pon nk jd hebat..huhuhu...

semua orang pon suka dihargai..suka jika kewujudan mereka dihargai..suka jika apa yang mereka lakukan, mendapat penghargaan dan diyakini..takkan la bila sudah tiada di depan mata, bru hendak mhargai...

i trulyy love meeting dgn akhwt..feel good aje.lg2 akhwt senior. mereka selalu tonjolkan nilai-nilai positif, keterampilan yang meyakinkan wpun sudah meningkat usia, redha yg tinggi. all in all, qudwah yang baik utk akhwt yg masih baru2 utk terus tsabat dgn kerja2 dakwah, yang baru nk bertatih2 dlm alam rumah tangga spy keharmonian, sakinah, mawaddah dan rahmah mekar sentiasa.

kemudian sy bertanya kpd diri, bagaimana diriku 5 tahun lagi?

-pupuk rs saling percaya-



Posted at 08:49 am by ukhtinadia
Comment (1)  

Saturday, September 25, 2010
of walimah

rasa nk kawen lg :) with the same person, over n over again...hihi..klu bkn sbb kos kahwin yg smakin tgi, mesti bleh kawen slalu (haha..da melalut)..

neways, knp ek klu berjauhan nih, rasa hati sentiasa berbunga2...sentiasa merindukan..n sentiasa mendoakan..n klu berdekatan, lebih2 lagi speselnye..

barakallahu lakuma kpd pasangan pengantin baru ukht M dan akh a. smg Allah kurniakan keberkahan n kebaikan yg banyak..selalulah bersama Allah dlm setiap tindak tanduk..n andai kata ade tergigit lidah tersalah kata, cpt2 reconcile. n slalu igt, jgn bagi syaitan menang dlm apa jua situasi pon..slalu in control of yourself..cewahh..

apa2pon, as the seniors have always mention...komunikasi adalah sgt penting..komunikasi yang berkesan dan 2 hala, paling2 penting lagi. Berdiam diri ketika ade masalah dan bile da sejuk, boleh la cpt2 diselesaikan...

dlm satu2 situasi, kita selalu terperangkap dengan, win-lose situation. tp, dlm baitul muslim, setiap masa kena berfikiran positif dan cuba utk wujudkn win-win situation. As we know, sme org pon ade ego masing2..jd kita tolerate dgn keadaan tersebut.

okies, klu sy cuba2 cerita ceriti kisah2 BM ini, rasa klaka pon ade..lagi klaka bile org tny pengalaman dan minta nasihat/pandangan. Selamanya kami berharap agar Allah memberi petunjuk dan pertolongan kepada kami dalam melayari bahtera perkahwinan ini bersama. Kudrat dan kekuatan hanya daripada Allah, dan kami insan lemah yang sentiasa berharap kepadanya kerana sesungguhnya kemudahan itu hanya daripada Allah.

paling penting, lebih kan Allah, dahulukan Allah, pujilah Allah, kerana pasangan yang dicipta untuk menyempurnakan diri kita adalah anugerah daripadaNya.

pemilik cinta ku selepas Allah dan Rasul....

p/s: berbunga-bunga sungguh hati dpt berjumpa dgn orang2 Goms...rindu sgt pada masa2 dahulu..n lebih bes lagi, suka n sejuk sgt hati bile jupe akhwat, babies n moms-to-be..haih tk sabar nk cerita pada anak cucu that we've befriended since uni years, tgk orang2 itu ini kahwin, ada famili..jadi besan..auwww..bla bla bla..

hidup indah jika dpt tinggal disyurga selama2nya dengan orang orang yg soleh ini..



Posted at 10:25 pm by ukhtinadia
Comments (2)  

Tuesday, September 14, 2010
hanya Dia

Salam aidilfitri dihulurkan buat semua yang mengenali..Andai ada tersalah bahasa dan hak-hak ukhuwah yang tak tertunai, mohon maaf dan dihalalkan segalanya..sebagai insan, mmg takkan terlepas daripada khilaf..ighfirli...

tgk blik, takde plak entri spjg Ramadhan yg lepas..apapun, kenangan Ramadhn tahun ini, manis...berpuasa bertiga dengan tukang kejut sahur yang setia, si Yusuf yg soleh..Semoga dpt sampai kpd Ramadhan berikutnya kerana sbg hamba Allah, tiada lain yang lebih bermakna drp keampunan Allah dan dijauhkan drp azab api neraka..pasti kita juga mharap rahmat Allah utk menolong kita ke syurga..dan juga memanjangkan usia dengan pertemuan lailatul qadr...

13/9, hari yang menarik..indah beraya di perantauan bersama adik2 yang dikasihi kerana Allah..seronok sgt..dan seolah olah Allah ingin berkata sesuatu kpdku..dan hari yang ditutupi dgn indah sekali oleh zaujiy habibiy yg melayani kami..

yg sebetulnya, tergerak nk menulis ttg adik2 ini kerana sesungguhnya kisah ini bukan selalu didapati. Peluang yang hadir sekali sekala n tenx sbb zaujiy habibi bg izin g raya 'sakan'. apapon yg penting, ku hrp kembara raya tersebut mendapat pandangan Allah.

from one house to another..dgn kesah kuda merah yang tergantung kaki atas lubang air, ziarah adik2 solehah beserta keluarga...

aku berfikir, keluarga bagaimana yang kuidam..anak yang bagaimana akan kubentuk dan biah rumah bagaimana yg kuinginkan..yg paling penting bgmn mahu menjadikan semua yang diangan-angan itu maujud..menjadi realiti dan bukan hanya kesalan di kemudian hari.

aku menginginkan hawa rumah yang soleh, yang didiami oleh suami isteri yang taatkan Ilahi, menjaga keharmonisan rumah tangga, romantis, serta anak-anak yang soleh solehah buat penyeri rumah. Sungguh, aku teringat pada suatu hadis yang menyebut, maksudnye, satu keberuntungan jika seorang lelaki itu mempunyai isteri solehah, rumah dan kenderaan yang baik..

yang kulihat, tentunya isteri yg taatkan suami yg menyejukkan hati dan pandangan. mmg org kata, sdgkn lidah lg tergigit, salah silap dgn suami mesti ade..syg minta maaf ey..tp jgn la keterlaluan menyakat...mmg boleh naik pressure..huu..

rumah bukan pada luas fizikal dan indah perabot serta perhiasan, tetapi pada keberkatan isi rumah. anak-anak yang tidak bertengkar, anak2 yang saling membantu dan isi rumah yg hidup dlm kerukunan..

i dunno..klu dibiarkan mmg boleh ditulis berjela2 lagi tp i want to keep it only to this..nk kata, kesimpulannya, rumah mewah yang kusinggahi, tidak bermakna apabila hal ehwal anak-anak tidak dijaga dengan baik. anak2 dibiar tidak bersopan dan tidak menjaga batas aurat.

tp, rumah yg sederhana yang kecil yang comel, yang dihiasi senyum ikhlas ibu bapa dan canda anak2, makanan yang halal dan tidak keterlaluan, serta budi bahasa yang ditonjolkan itu yang memberi kesan ke dalam qalbu...

Allah, saksikan bhw aku inginkan suasana soleh menyelubungi diriku n keluargaku, aku inginkn segalanya yang halal disisiMu, aku rindukan biah solehah di persekitaranku...dan aku inginkan segalanya agar diterima olehMu..

Allah, aku sgt takut sekiranya diriku, suami, anak2 dan harta kami menjadi ujian dan fitnah yang berat bagi kami..yang mungkin melontarkn kami ke dlm jurang nerakaMu..naudzubillahiminzalik..

Sesungguhnya pada rangkap terakhir doa seorang ustaz ini sgt menyentuh sanubari apabila dia berdoa

“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah dia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu.


Abang, tuntunlah langkahku....

Allah, hanya padaMu...





Posted at 02:04 pm by ukhtinadia
Comments (2)  

Wednesday, July 14, 2010
Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan (SPKK)

SPKK



prog back to back dengan KONWANIS. La haula wa la quwwata illa billah...

Jong Gi SPKK!

Posted at 03:26 am by ukhtinadia
have your say...  

Next Page