Ramadhan yang bertamu kian menginjak pergi...
hadirnya bersama rahmah, maghfirah dan pembebasan darp api neraka muncul setahun sekali
sudahkah kita memberi yang terbaik..
kerana mungkin waktu untuknya bertamu lagi tiada buat kita..
mungkin segelintir merasa bahagia..
boleh kembali kpd rutin biasa..
sarapan, brunch, lunch, tea, dinner dan supper...
disamping snek pada sela-sela waktu yang tersisa
walaupun ramai, yang akan merasa lebih duka
kerana Ramadhan telah meninggalkan kita
berkurangnya masa rehat yang telah diperuntuk untuk membaca dan mentadabbur AlQuran
hilangnya keindahan malam bersama rukuk dan sujud kepadaNya
dan pudarnya rasa gembira ketika berbuka setelah seharian menahan lapar dan dahaga untukNya
bergembiralah wahai manusia yang telah merasa taqwa
berbahagialah untuk mereka yang mengecap nikmat manis beribadah kepadaNya
beruntunglah bagi mereka yang terpilih berkhalwat dimalam seribu bulanNya
dan bersyukurlah untuk semua kurniaan daripadaNya..
kerana kita adalah khalifah Allah..
yang dikurniai akal yang cerdas untuk berfikir
dikurnia fitrah yang bersih untuk akur kepada syariatNya
dan punya fizikal yang sihat untuk mengerjakan suruhanNya
kerana kita bukan binatang ternakan
yang setiap ketika mahu meragut rumput nan menghijau
yang ketika letih akan tidur pulas...
ya..kerana kita adalah khalifahNya...
Salam Aidilfitri, salam kemenangan buat khalifahNya...
-Bakri&Nadia-
Posted at 03:55 pm by
ukhtinadia