"Allah menganugerahkan al hikmah(kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan a Sunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.Dan hanya orang orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran(dari firman Allah)" (2:269)
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin n manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah.Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang orang yang lalai." (7:179)
inna fii qalbil mu'mini siraajan yazharu
Maka apakah kamu melihat orang yang berpaling (dari Al-Quran)? Serta memberi sedikit dan tidak mau memberi lagi? Apakah dia mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib, sehingga dia mengetahui (apa yang dikatakan)? Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran- lembaran Musa? Dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji? (yaitu) bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang Telah diusahakannya, Dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihat (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, Dan bahwasanya kepada Tuhamulah kesudahan (segala sesuatu), Dan bahwasanya dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, Dan bahwasanya dialah yang mematikan dan menghidupkan, Dan bahwasanya dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita. Dari air mani, apabila dipancarkan. Dan bahwasanya Dia-lah yang menetapkan kejadian yang lain (kebangkitan sesudah mati), Dan bahwasanya dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan, Maka terhadap nikmat Tuhanmu yang manakah kamu ragu-ragu?
Telah dekat terjadinya hari kiamat. Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah. Maka apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis? Sedang kamu melengahkan(nya)? Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia).
"Let him who believes in Allah and the Last Day either speak good or keep silent."
Tak payah keluh kesah ttg keadaan…takde sebab seseorang
buleh down hanya kerana persekitaran…dakwah yang dilakukan oleh para Nabi tidak
bermula dengan mudah, tersedia ramai penggerak dan ramai pengikut…dakwah para
Nabi mencontohkan kita tentang satu fikrah tulen yang dikecam, kejerihan yang
dilalui dan kemanisan kejayaan yg mungkin dikecap di dunia…namun pasti di
akhirat…
Jerih kita akan dibalasi tentunya oleh Yang Maha Esa..pastinya
bergantung pada keikhlasan..dan mestinya dengan mengharapkan rahmatNya..ketika
bb membaca qalam suci Allah, bb menunjukkan kepada mommy satu ayat..ayat mudah
tapi cukup utk mengesani hati mommy…
Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang-orang yang
berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.
Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang (2:218)
Insha allah, kami telah sedia beriman, telah berhijrah dan ingin
terus mujahadah…tentunya untuk rahmat Allah..bukan utk populariti, bukan kerana
simplisiti..tp utk redha Ilahi…
Ighfirli Ya Rabb, utk khilaf selama ini n yg mungkin tjadi…
Focus n optimis!
p/s: bb is doing well..exercising, kicking, somersaulting n
every other thing that a foetus is able to do..alhamdulillah alaa kulli
haal..bb cant wait to see the world n other mujahid/ahs..mohon doa utk bb n us 8)
Ramadhan yang bertamu kian menginjak pergi... hadirnya bersama rahmah, maghfirah dan pembebasan darp api neraka muncul setahun sekali sudahkah kita memberi yang terbaik.. kerana mungkin waktu untuknya bertamu lagi tiada buat kita..
mungkin segelintir merasa bahagia.. boleh kembali kpd rutin biasa.. sarapan, brunch, lunch, tea, dinner dan supper... disamping snek pada sela-sela waktu yang tersisa
walaupun ramai, yang akan merasa lebih duka kerana Ramadhan telah meninggalkan kita berkurangnya masa rehat yang telah diperuntuk untuk membaca dan mentadabbur AlQuran hilangnya keindahan malam bersama rukuk dan sujud kepadaNya dan pudarnya rasa gembira ketika berbuka setelah seharian menahan lapar dan dahaga untukNya
bergembiralah wahai manusia yang telah merasa taqwa berbahagialah untuk mereka yang mengecap nikmat manis beribadah kepadaNya beruntunglah bagi mereka yang terpilih berkhalwat dimalam seribu bulanNya dan bersyukurlah untuk semua kurniaan daripadaNya..
kerana kita adalah khalifah Allah.. yang dikurniai akal yang cerdas untuk berfikir dikurnia fitrah yang bersih untuk akur kepada syariatNya dan punya fizikal yang sihat untuk mengerjakan suruhanNya
kerana kita bukan binatang ternakan yang setiap ketika mahu meragut rumput nan menghijau yang ketika letih akan tidur pulas...
ya..kerana kita adalah khalifahNya...
Salam Aidilfitri, salam kemenangan buat khalifahNya...
buat pertamanya, subhanallah sbb Allah memilih kita utk menjadi tetamu di Ramadhan kali ini...kenangan2 ramadhan yg lalu, samada masih kita ingat atau telah kita lupakan, mungkin bleh jd tanda aras kpd usaha ibadah kita kali ini..klu dulu kita beribadah sesungguh2nya spt takkan berjumpa ramadhan lagi, kali ini, sebab Allah bagi lagi peluang pada kita, semestinya kita mensyukuri peluang ini dgn beribadah dgn lebih2 hebat lagi...
klu ramadan kita sebelum ini tidak berseri dengan tarawih, ibadah2 sunat2 di samping yg wajib, sedekah dsb, kali nih kita lipatgandakan..semoga hidayah Allah menemani kita smpi ke akhirnya..
apa2pon, sedar tak sedar, tiba2 da sepuluh hari ramadan...huhu..masih teringt, hari tuh dok risau jika tidak dpt menunaikan puasa sebaiknya, tp Allah dengan segala kemurahanNya memberi daya dan kekuatan utk berpuasa..alhamdulillah...smg macik2 yg lain pon mcm tuh la juga yer :)
selesai menekuni novel sejarah islam, karya abdul latip talib, bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh (a mussttttt read!!!! di samping sme novel sejarah Islam yg lain..sgt la envy penulis yg banyak ilmu sejarah ttg sahabat dll!!) kisah ttg cane al-fateh dibesarkn..individu2 disekelilingnya...orang2 constantine dan perjalanan kisah hidupnya..sgt bes..lagi bes bile dpt visualize dlm kepala dan kemudian tengok kartun muhammad alfateh keluaran saba media..smg mujahid2 yg bakal lahir mendpt inspirasi sebegini..yg tak lain tak bukan acuan drp ibu bapa yg soleh, dan orang2 soleh yg disekeliling...ok macik2?
so, dlm novel tuh, ade intro sket to uwais al-qarni, seorang tabiin..tp tidak diceritakan dgn detail..jadi, aktiviti menggoogle pun dilakukan..hasilnya adlh spt berikut..a must read tau..lagi2 di bulan ramadhan nih..n bulan Allah turunkn rahmat..jd, apa yg kita nk mohon dengan sangat daripadaNYA???
(dan tidak la org yg menulis ini lebih baik drp yg mbaca..smg Allah ampunkan dosa2 kita dan menerima amalan yang tidak seberapa drp hambaNYA yang kerdil belaka..)
p/s: tazkirah pjg tapi read tru..smg nur Allah menerangi hati2 kita...
Allahumma innaka 'affuwwun kareem..tuhibbul 'afwa fa' fu 'anna..
TAZKIRAH RAMADHAN: DOA PALING UTAMA DI BULAN RAMADHAN
APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?
Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)
Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai "La'al lakum tattaqun" maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini "La'al lakum tattaqun", tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap "tattaqun" itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?
Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu "Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah", iaitu maksudnya "Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya".
Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.
Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi "Bilakah berlaku malam Qadar?". Nabi bertanya kepada Aisyah semula "Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?". Aisyah menjawab "Saya tak tahu" kemudian Aisyah bertanya lagi "Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?". Nabi berkata kepada Aisyah "Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya". Aisyah bertanya lagi "Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?" Nabi jawab " Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah
"Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa. Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin ("Tabiin" maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil "Sahabat". Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).
Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, "Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu".
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai "al-Mubasyirun bil Jannah" iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.
Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, "Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua."
Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu "Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab "Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian".
Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab "Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt." Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.
Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu "Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).
Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.
Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..
Asal usul Uwais al-Qarni
Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya "Haudat". Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya "Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji".
Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah "Tilal" iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas "Tilal". Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari "Tilal" untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia " Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?". Uwais menjawab "Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu". Ibunya bertanya lagi "Bagaiman pula dengan dosa kamu". Uwais menjawab "Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga".
Ibunya berkata lagi "Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini". Uwais kata "Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta'ala". Ibunya menanbah "Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa".
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa "Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit"
Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.
Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.
Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata "Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah". Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Doa yang paling utama di malam Qadar
Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi "Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah", Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.
Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan "Wallah yuridul akhirah". Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.
Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.
Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.
Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan "Ghoforollah hu mat taqadaman", Allah ta'ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.
Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu "Astagh firruka humma waatubu ilaih". Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, "Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?". Nabi menjawab "Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur".
Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan "Wa tazau wadu" kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil "al-khush" (yang tidak baik).
Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.
Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.
Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.
Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.
Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.
Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.
Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;
"Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu "La'al lakum tat takun" dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.
"Ya 'ajaban", memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.
Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.
Tetapi krisis dosa dengan Allah ta'ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.
Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.
Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang "Zalimi an fusu hum" orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.
Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan "Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa".
Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.
Penutup
Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa', kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.
Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..
Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.
Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa' dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| Tazkirah ramadan ini ditulis semula daripada rakaman tazkirah Ramadan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada hari Khamis 12 Ramadan 1427H bersamaan 5 Oktober 2006.
kelihatan sekeliling kita manusia dgn kesibukan masing2...tiada masa yang berlalu dgn tiada melakukan apa2 hatta membuang masa adalah satu perbuatan yang akan ditanya pada kita pada Hari Pembalasan...
yg jelas, setiap manusia punya hala tuju dlm hidup..samada hala tujunya benar atau kabur, ianya ditentukan oleh perbuatannya...bleh kita simpulkan dgn mudah, org yg paling jelas hala tuju adlh yg meletakkan akhirat sebagai matlamat akhirnya...kehidupan di dunia baginya, adalah persinggahan semata2..tidak ada badai yang menerpa yang boleh menggugah prinsip dirinya dan tidak ada ujian yang tidak mampu ditangkis...jika dia benar2 menginginkan kehidupan akhirat...kalau mendapat nikmat, dia berbahagia dan mengingatiNya...dan jika diuji dgn kekecewaan, dia meyakini adanya syurga sbg balasan utk kesabarannya...kira cam takleh tercalar dek apa2..(mmg payah..tp kna mujahadah..)
dan orang yang tidak punya hala tuju adalah mereka yang tidak mengingati kejadian Hari Kiamat dan Perhitungan...kerana itu, dia bebas melakukan apa2 yg disukainya...
bezanye rasa kita dan para sahabat...mungkinkah faktor murabbi punca utama? sahabat ditarbiyyah oleh Rasul saw...n kita, dlm kelompok manusia biasa yang tak lepas daripada kesilapan...
tp, di sebalik kekurangan itu, pastinya para sahabt itu boleh dijadikan inspirasi untuk kita terus mengemudi kehidupan ini....sehingga masa yang dijanjikan, utk kembali ke alam abadi...
menginginkan pertemuan denganNya...
memohon dengan sangat, kekuatan untuk menghadapi hari2 depan...
bukan mudah...
Ya Allah, tsabbit qalbi...
"org yang hebat adalah yang mampu sembunyi rasa di hati..senyum melambangkan bahagia..senyum juga melambangkan duka.."
apa yang dicarinya, adalah ketenangan yang abadi di sana nanti..
alhamdulillah utk segalaNya...byk nikmat yg malah tak terungkapkan...
utamanya utk belahan jiwa yang sudi memperisterikan diri ini dan mahu memimpin tangan ke syurga...
Alhamdulillah ala kulli haal..telah mjadi atr bukti kekuasan Allah yg tlh menemukan dua manusia yang saling tak pernah kenal lantas mencampakkan rasa mawaddah, sakinah dan rahmah dalam rumahtangga yang dibina..hikayat kami sudah bermula..dan kami berdoa, agar pengakhiran kami di syurga nnt...
rasa2nya, sesapa yg da pernah baca buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, dan telah berBaitul Muslim, mesti nk ungkapkan rasa yang lebih kurang sama seperti yang tertulis dlm buku kan...
dan hikayat kami, jika nak ditulis, mesti berjilid2 ;p..dan buat belahan jiwa, yg tlh pon siap m'publish', utk dia mengikat janji besar ini...(ehem..iye ke..?)
namun, kami percaya, perjalanan ini masih panjang..dan sentiasa mengharapkan pedoman drpNya utk menuntun perjalanan kami..
Abu Hurairah R.A berkata bahwa RasuluLlah SAW bersabda, "Berwasiat (berbuat) baiklah kepada kaum wanita, karena wanita di ciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika kamu meluruskannya, maka kamu akan mematahkannya. Dan jika kamu biarkan, maka ia akan tetap bengkok. Karena itu, berwasiat (berbuat) baiklah kepada kaum wanita (Muttafaq 'alaih)
Syarah riyaadushshoolihiin , jilid 1, hadits 1/275 hal 343.
sekadar sedikit renungan,
dahulu, ketika baru dilahirkan ke dunia, belajar merangkak dan bertatih, mengenal Allah dan Rasul, mengenal alif ba ta, mengenal ABC, menanyakan itu dan ini..tentu yang paling dicintai adalah ibu dan ayahnya..serasa mereka-lah dunia kita ketika itu...
dahulu, ketika kita mula memasuki alam persekolahan, menghabiskan banyak waktu bersama guru dan rakan, belajar itu dan ini, tentu yang paling dimesrai adlh guru dan rakan...dunia kita telah terbahagi antara keluarga dan persekolahan...cinta kita juga telah terbelah..
dahulu, ketika kita telah memasuki fasa pengajian tinggi, memulakan zaman mendaki karier, mempraktik ilmu dan mengamalkan seni kehidupan..tentu banyak masa kita luangkan di luar..dunia tiada lagi sempadan...dan mungkin kita telah menemui 'cinta' kita..
dahulu dan kini, keadaan yang tak pernah sama.. setiap detik kita melalui satu perubahan..
sungguh, kamu akan jalani tingkat demi tingkat (dlm kehidupan) (84:19)
cuma, ada satu je kekal constant...
tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah(2:107)
yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun (67:2)
atas segala cinta, cinta Allah yang kekal abadi..dan sentiasa mencintai hambaNya walau hambaNya seringkali teralpakan cintaNya...
p/s: buat yg menanyakn kehidupan dan amal kami di sini, mohon doa utk kebaikan dan sinergi drp kami...besarnye harapan belahan jiwa, harapan diri, harapan mereka dan harapan kita semua kerana kita semua sayangkan agamaNya..sayangkan bangsanya..
Dan milik Allah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap, disanalah wajah Allah, Sungguh, Allah Maha Luas, Maha Mengetahui (2:115)
tak kesahlah pantai timur atau sebelah barat..tiada keresahan...teruskan merancang dan bekerja..kerana Islam adalah kekuatan yg takkan terkalahkan...jika kita semua mengetahui...
Dengan wajah sedih, seorang laki-laki datang kepada seorang ulama. Dia mengeluhkan kefakiran dan berbagai kemalangan hidup yang dialaminya. Ulama tersebut berkata, "Apa kamu mau penglihatanmu diambil dan diganti dengan seribu dinar?" Orang itu berkata, "Tidak."
Sang ulama bertanya lagi, "Apa kamu senang menjadi orang bisu dan diberi seribu dinar?" Orang tersebut menjawab, "Tidak." Sang ulama yang dikenal shalih itu kembali bertanya, "Apa kamu mau dua tangan dan dua kakimu buntung lalu kamu mendapatkan dua puluh ribu dinar?" Orang tersebut lagi-lagi menjawab, " Tidak."
"Apa kamu mau jadi orang gila dan dikasih sepuluh ribu dinar?," tanya sang ulama lagi. Dan sekali lagi orang tersebut mengatakan, "Tidak." Maka, sang ulama bijak itu pun berkata, "Terus, apa kamu ini tidak malu kepada Tuhanmu yang telah memberimu harta senilai puluhan ribu dinar?!"
* * *
Kisah ini berbicara, betapa banyak orang salah persepsi, dikiranya nikmat hanya sebatas harta dan materi semata. Mereka tidak menyadari, bahwa nikmat Allah meliputi segala hal; keimanan, kesehatan, keluarga, tempat tinggal, kepandaian, harta, rezeki, teman yang baik, pemimpin yang adil, tumbuh-tumbuhan, makanan, dan sebagainya, dimana seseorang tidak akan mampu menghitungnya sekiranya dia hendak menghitungnya. Itu semua adalah nikmat yang harus disyukuri, baik kita memintanya ataupun tidak.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, "Dan Dia memberikan semua yang kalian minta. Dan jika kalian menghitung nikmat Allah, niscaya kalian tidak akan mampu menghitungnya." (QS. Ibrahim: 34)
Dalam kitab tafsir Al-Qurthubi (Al-Jami' li Ahkam Al-Qur`an) disebutkan, bahwa Allah memberikan semua yang kalian minta dan yang tidak kalian minta, seperti matahari dan bulan serta berbagai nikmat lain yang tidak kalian minta. Sedangkan Al-Hafizh Ibnu Katsir mengatakan dalam tafsirnya, bahwa dengan ayat ini, Allah mengabarkan tentang ketidakmampuan hamba-hambaNya jika mereka hendak menghitung berbagai nikmat-Nya, apalagi mensyukurinya.
Nikmat Allah harus kita syukuri. Kita harus berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang dikaruniakan- Nya kepada kita. Karena Allah berfirman, "Bersyukurlah kalian kepadaku, dan jangan kalian kufur."(QS. Al-Baqarah 152). Namun, ternyata bersyukur kepada Allah tidaklah semudah membalikkan telapak tangan. Banyak sekali manusia yang tidak mau bersyukur, sebagaimana yang Allah firmankan, "Dan sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur." (QS. Saba `: 13)
Untuk menjadi orang bersyukur, setidaknya ada tiga syarat yang harus dipenuhi. Dalam kitabnya yang berjudul "Waqafat Ma'a An-Nafs," Syaikh Amin Muhammad Jamal menyebutkan bahwa tiga syarat tersebut, yaitu: Pertama; mengetahui apa itu nikmat dan meyakini sepenuhnya bahwa nikmat tersebut adalah pemberian dari Allah. Kedua; kita harus bahagia dan gembira dengan nikmat yang Dia berikan kepada kita. Dan ketiga; melakukan hal-hal yang disukai oleh yang memberi nikmat, baik itu melalui lisan dengan mengucapkan "alhamdulillah", ataupun melalui perbuatan-perbuatan yang disukai oleh Pemberi Nikmat.
Mensyukuri nikmat Allah juga bisa dilakukan dengan menampakkan sebagian nikmat tersebut dalam penampilan dan memperlihatkannya kepada orang lain, namun bukan dengan niat sombong. Melainkan dengan niat hendak memberitahukan kepada manusia bahwa Allah telah memberikan nikmat-Nya kepadanya. Bagaimanapun juga Allah senang jika ada hamba-Nya yang berbahagia dengan nikmat yang Dia berikan dan menampakkan bekas nikmat-Nya di hadapan hamba-hambaNya yang lain. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda, "Sesungguhnya Allah senang melihat bekas nikmat-Nya yang Dia berikan kepada hamba-Nya." (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash dan Abu Hurairah Radhiyallahu Anhuma)
Suatu hari Imam Malik bin Anas keluar menuju masjid dengan pakaian yang mahal dan indah. Di tengah jalan, beliau berjumpa dengan seorang muridnya. Si murid berkata, "Apa-apaan ini, wahai imam?" Maksudnya, kenapa engkau memakai pakaian yang sangat bagus seperti ini, wahai imam? Bukankah ini adalah pamer dan menunjukkan kesombongan? Imam Malik berkata, "Ini adalah bekas nikmat Allah yang Dia berikan kepadaku. Apakah engkau belum pernah membaca firman Allah pada akhir surat Adh-Dhuha; Wa ammaa bini'mati rabbika fahaddits! (Dan adapun dengan nikmat Tuhanmu, maka kabarkanlah! )?"
Terakhir, ada satu catatan penting yang bisa membuat kita introspeksi dalam masalah syukur nikmat ini, yaitu tentang janji Allah bahwa Dia akan menambahkan nikmat-Nya kepada kita apabila mau bersyukur kepada-Nya. Allah Ta'ala berfirman, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya akan Aku tambahkan (nikmat-Ku) kepadamu."(QS. Ibrahim: 7). Berpikirlah dengan tenang, apakah selama ini Anda merasakan bahwa nikmat Allah (rezeki, dsb) kepada Anda terus bertambah atau tetap atau justru berkurang? Sekiranya Anda merasa bahwa tidak ada perubahan dalam kehidupan Anda pada tahun ini dengan tahun yang lalu, maka cobalah untuk berintrospeksi, siapa tahu Anda belum bersyukur dengan sebenar-benarnya kepada Allah. Sebab, jika Anda benar-benar telah bersyukur kepada-Nya, maka pasti, Allah akan selalu menambahkan nikmat-Nya kepada Anda.
alhamdulillah...KONWANIS 2009 telah melabuhkan tirai...acara yg telah 3 kali diadakan kali nih, bertepatan dgn objektif penggarapan umum yg ISMA mahu bajai...seronok bertemu dgn kenalan baru dan lama..dan saling berkongsi cerita dan motivasi..
tema tahun ini, Jiwa Tenang, Hidup Sejahtera....sgt2 la bertepatan dgn dos yg saya perlukan buat masa nih...pengisian2 yg sgt bermakna di celah2 'kesibukan' majlis..
'alaa kulli hall..Allah sgt tahu apa yg diperlukan...ruhani sgt memerlukan kpd vitamin2 yg dapat menguatkn..terutamanya pada saat2 genting...Allah sentiasa menjaga supaya tidak tersalah langkah lagi...
buat Ukht Awin..barakallahu lakuma! wah2...buat drama air mata plak (^^,) tkpe..Allah is with u n ur zauj..always! at least, da tak jd pi uk kan..hehe..we may not see each other as 'often'..but, still we can 'meet' in out night prayers....big hugssssss!
okey, since anti tak berpeluang utk ke KONWANIS, ade beberapa kesah bes utk ukht n akhawat yg lain..semoga bermanfaat!
KISAH 1
Diriwayatkan bahwa Syuraih al-Qadhi bertemu dengan asy-Sya'bi pada suatu hari, lalu asy-Sya'bi bertanya kepadanya tentang keadaannya di rumahnya. Ia menjawab:
"Selama 20 tahun aku tidak melihat sesuatu yang membuatku marah terhadap isteriku."
Asy-Sya'bi bertanya, "Bagaimana itu terjadi?" Syuraih menjawab, "Sejak malam pertama aku bersua dengan isteriku, aku melihat padanya kecantikan yang menggoda dan kecantikan yang langka.
Aku berkata pada diriku: 'Aku akan bersuci dan shalat dua rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah. Ketika aku salam, aku mendapati isteriku ada di belakangku ikut menunaikan shalat dengan shalatku dan salam dengan salamku.
Maka ketika rumahku telah sepi dari para Sahabat dan rekan-rekan, aku berdiri menuju kepadanya. Aku ulurkan tanganku keubun-ubunnya, maka dia berkata, 'Perlahan, wahai Abu Umayyah, seperti keadaanmu semula.'
Kemudian isteriku berkata,
"Segala puji bagi Allah. Aku memuji-Nya dan memohon pertolongan kepada-Nya. Semoga shalawat dan salam atas Muhammad dan keluarganya. Sesungguhnya aku adalah wanita asing yang tidak mengetahui akhlakmu, maka jelaskanlah kepadaku apa yang engkau sukai sehingga aku akan melakukannya dan apa yang tidak engkau sukai sehingga aku meninggalkannya."
Dia lalu mengatakan, 'Bisa jadi dahulu ada perempuan yang ingin menikah denganmu dan begitu juga aku, ada laki-laki yang ingin menikah denganku. Namun Allah telah menggariskan pertemuan ini. Engkau telah berkuasa penuh terhadap diriku, maka lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu. Apabila ada kebaikan dalam pernikahan ini maka pertahankanlah hubungan ini dengan cara yang baik dan bila ada keburukan sehingga harus berpisah maka ceraikanlah dengan cara yang baik pula. Aku ucapkan sampai di sini saja, dan aku memohon ampun kepada Allah untukku dan untukmu.'
Syuraih berkata,
"Demi Allah wahai asy-Sya'bi, ia membuatku terpaksa berkhutbah di tempat tersebut.
Aku katakan, 'Segala puji bagi Allah. Aku memuji-Nya dan memohon pertolongan kepada-Nya. Semoga shalawat dan salam atas Nabi dan keluarganya.
Sesungguhnya engkau mengatakan suatu pembicaraan yang bila engkau teguh di atasnya, maka itu menjadi keberuntunganmu, dan jika engkau meninggalkannya, maka itu menjadi hujjah (keburukan) atasmu. Aku menyukai demikian dan demikian, dan tidak menyukai demikian dan demikian. Bila ada kebaikan mari kita laksanakan, bila ada keburukan mari kita singkirkan.'
Ia bertanya, 'Bagaimana pandanganmu dalam mengunjungi keluargaku?' Aku menjawab, 'Aku tidak ingin membuat bosan mertuaku.'
Ia bertanya, 'Siapa yang engkau sukai dari para tetanggamu untuk masuk ke rumahmu sehingga aku akan mengizinkannya, dan siapa yang tidak engkau sukai sehingga aku tidak mengizinkannya masuk?' Aku mengatakan, 'Bani fulan adalah kaum yang shalih, dan Bani fulan adalah kaum yang buruk.'"
Syuraih berkata, "Wahai Sya'bi pada malam itu kami menikmati malam pertama, hati berbunga-bunga penuh dengan bahagia dan senang. Aku hidup bersamanya selama setahun dan aku tidak melihat melainkan sesuatu yang aku sukai. Hingga di penghujung tahun ketika aku pulang dari majelis Qadha' (peradilan), tiba-tiba ada seorang wanita tua di dalam rumahku. Aku bertanya, 'Siapa dia?' Isteriku menjawab, 'Dia adalah ipar perempuanmu.' Aku senang bertemu dengannya.
Ketika saya duduk berhadapan dengan iparku, dia mengucapkan salam dan akupun menjawabnya. Saya bertanya, 'Siapa anda?' Ia menjawab, 'Saya ipar perempuanmu.' Saya berkata, 'Semoga Allah mengakrabkanmu dengan kami?'
Lalu bertanya kepadaku, 'Bagaimana pendapatmu tentang isterimu?' Aku menjawab, 'Dia adalah sebaik-baik isteri.' Ia berkata,
'Wahai Abu Umayyah, sungguh tidak ada kondisi yang paling buruk bagi wanita kecuali dalam dua keadaan, ketika melahirkan anak atau ketika mendapatkan perhatian yang lebih dari suaminya. Sehingga bila kamu meragukan isterimu maka hendaklah kamu ambil cambuk. Demi Allah, tidak ada perkara yang paling buruk bagi seorang laki-laki kecuali masuknya wanita yang manja ke dalam rumahnya. Oleh karena itu, hukumlah dengan hukuman yang engkau suka, dan didiklah dengan didikan yang engkau suka.'
Saya berkata, 'Tenanglah wahai ibu, sungguh aku telah mendidik dan mengajari beberapa adab dengan baik dan aku melatihnya untuk hidup secara baik.'
Ia lalu berkata, 'Apakah senang bila para kerabat isterimu berkunjung kerumahmu?' Saya menjawab, 'Silahkan berkunjung kapan saja.'
Syuraih berkata, 'Kerabat isteriku datang setiap penghujung tahun dan memberi nasehat seperti itu. Aku tinggal bersama isteriku selama 20 tahun, dan aku tidak pernah menghukumnya mengenai sesuatu pun, kecuali sekali, dan aku merasa telah menzhaliminya."
Demikianlah sebuah kisah yang terdapat di Ahkaamun Nisaa', lbnul Jauzi (hal. 134-135) dan Ahkaamul Qur-an, lbnul 'Arabi (I/417).
kisah isteri seorang fulan slps pernikahan mereka...(pceritaan semula)
isteri: kini saya da tidak punya apa2 kecuali abang, bukan ibu bapa, bukan sanak saudara..
abang yang akan menentukan hidup dan akhir hidup saya..semuanya diserahkan kpd abang..boleh abang berjanji, akan membahagiakan saya, memberikan saya kecukupan, melindungi dan membantu saya?
(suami dia jawab mudah shj!)
suami: boleh! tp dgn doa, supaya Allah sentiasa menjaga dan memelihara hati abang..untuk berbuat seperti yg dipinta...abang bukan sesiapa..hati abang, dalam kekuasaanNya..berdoalah supaya hati abang sentiasa dlm pengawasanNya...
jadi, mereka mengajarkan kepada kita..hidup berdua bukan bermakna isteri akan bergantung kpd suami..tapi meletakkan pergantungan kpd yg Haq, berpaksikan kepada kekuatan suami sbg qawwam dlm rumahtangga...