|
hadirnya bersama rahmah, maghfirah dan pembebasan darp api neraka muncul setahun sekali sudahkah kita memberi yang terbaik.. kerana mungkin waktu untuknya bertamu lagi tiada buat kita.. mungkin segelintir merasa bahagia.. boleh kembali kpd rutin biasa.. sarapan, brunch, lunch, tea, dinner dan supper... disamping snek pada sela-sela waktu yang tersisa walaupun ramai, yang akan merasa lebih duka kerana Ramadhan telah meninggalkan kita berkurangnya masa rehat yang telah diperuntuk untuk membaca dan mentadabbur AlQuran hilangnya keindahan malam bersama rukuk dan sujud kepadaNya dan pudarnya rasa gembira ketika berbuka setelah seharian menahan lapar dan dahaga untukNya bergembiralah wahai manusia yang telah merasa taqwa berbahagialah untuk mereka yang mengecap nikmat manis beribadah kepadaNya beruntunglah bagi mereka yang terpilih berkhalwat dimalam seribu bulanNya dan bersyukurlah untuk semua kurniaan daripadaNya.. kerana kita adalah khalifah Allah.. yang dikurniai akal yang cerdas untuk berfikir dikurnia fitrah yang bersih untuk akur kepada syariatNya dan punya fizikal yang sihat untuk mengerjakan suruhanNya kerana kita bukan binatang ternakan yang setiap ketika mahu meragut rumput nan menghijau yang ketika letih akan tidur pulas... ya..kerana kita adalah khalifahNya... Salam Aidilfitri, salam kemenangan buat khalifahNya... -Bakri&Nadia- |
| Leave a Comment: |